Selepas PRU isu perkauman lebih menebal — Aspan Alias

14 May


14 MEI — Saya menyebut dalam posting saya yang lepas yang kita telah banyak belajar dalam pilihanraya ke 13 yang baru lepas ini. Satu lagi isu ialah isu rasis dan tuduh menuduh diantara BN dan Pakatan terutamnya DAP. Umno kata DAP rasis dan DAP pula menuduh Umno itu rasis. Bagi saya ini adalah isu pasca pilihanraya kerana sekarang timbul isu penipuan yang dilakukan oleh BN dalam PRU yang lepas. Isu perkauman menjadi-jadi selepas PRU ini masing-masing pihak menuduh diantara satu dengan lain sebagai parti rasis.

Apa yang saya belajar sejak setahun dua yang lalu sehingga saat ini saya sudah tidak mempercayai lagi isu rasis ini akan selesai dengan mudah kerana isu itu adalah alat mainan politik kedua-dua belah pihak. Selagi ada penawaran untuk mentadbir negara setiap lima tahun sekali isu rasis ini akan tetap timbul kerana tiada kejujuran masing-masing untuk membinasakan isu rasis buat selama-lamanya.

Umno, MCA dan MIC dikatakan rasis kerana kewujudan parti-parti itu berdasarkan kepada bangsa masing-masing. Jika dikumpulkan ketiga-tiga parti ini sebagai satu gagasan iaitu BN tadi, maka BN juga adalah sebuah parti yang formal kewujudannya sebagai “multiracial”. BN itu pendeknya adalah multiracial.

Pakatan Rakyat tidak pernah terdaftar sebagai satu parti dan DAP, PAS dan PKR itu berdiri diatas identiti masing-masing. DAP itu dikatakan sebuah parti “multiracial” kerana perlembagaannya membolehkan bangsa lain termasuk orang Melayu sendiri seperti saya menyertai parti itu. Jika dibandingkan diantara BN dan DAP, “apple to apple”, BN adalah lebih “multiracial”. Di sebaliknya DAP hanya mempunyai peruntukan dalam perlembagaannya yang membolehkan setiap bangsa menyertai parti itu tetapi parti itu menampilkan sifat parti yang jauh dari parti “multiracial”.

Pada praktisnya DAP dikuasai oleh kaum Cina dan seorang dua Melayu didalamnya sudah menjadi persepsi ramai sebagai “window dressing” dan dalam politik itu merupakan perkara biasa, Hanya apabila seseorang itu membuat penilaian politik dan akademiknya sahaja yang tahu hakikat yang sebenarnya. Peruntukan perlembagaan dengan keadaan sebenarnya adalah berbeza dan lama kelamaan rakyat akan dapat menghidunya.

Tetapi itu bukanlah satu kesalahan DAP. Jika DAP bergiat untuk menjadi parti “multiracial” dan dikuasai kaum Cina itu adalah haknya untuk berbuat demikian, lebih-lebih lagi sebelum pilihanraya yang baru lepas ini. Situasi semasa itu seolah-olah Pakatan Rakyat akan mendapat kemenangan besar dan akan berkuasa. Maka DAP terlupa yang mereka adalah parti “multiracial” kerana keseronokan menunggu mendapat kuasa buat pertama kalinya.  

Tetapi hanya satu perkara yang perlu diperbaiki dalam parti ini iaitu, jangan buat “preaching” bahawa parti itu “multiracial” tetapi hakikatnya keadaan “multiracial” itu tidak wujud. Jika ia wujud pun hanyalah sekelumit sahaja.Oleh kerana masing-masing masih mahuklan kekuatan kewujudan mereka berdasarkan kepada kaum tidak ada siapa yang boleh berbuat apa-apa. Buatlah apa yang masing-masing hendak lakukan.

Pendeknya diantara kita semua ini jangan lagi bermain dengan isu rasis ini kerana nampaknya kedua-dua belah pihak masih rasis jika dipandang dari sudut yang berlainan. Bagi saya hanya PAS sahaja yang tidak pernah menyebut tentang isu rasis kerana parti itu hanya mengutamakan isu Islam dalam perjuangannya yang tidak mengira kaum dan cara hidup masing-masing. PAS juga telah menurunkan beberapa orang calon dari agama lain baru-baru ini bagi membuktikan bahawa Islam itu adalah agama yang memimpin semua pihak, samada dari segi bangsa dan agama.

Tujuan saya menulis isu ini ialah untuk meminta semua jangan menuduh diantara satu dengan lain sebagai rasis, kerana pada hakikatnya semuanya ada isu rasis. Yang membezakannya hanyalah dari sudut mana kita melihatnya.

BN dan DAP, jika kita nilai “apple to apple” BN secara “relative”nya lebih “multiracial” sedangkan DAP walaupun perlembagaannya adalah “multiracial”, penampilannya masih rasis. DAP mempunyai lebih dari 90 ADUN dan 38 ahli parlimen yang menang, muka Melayu tidak sampai pun empat orang.

Oleh kerana kedua-dua belah pihak masih bermain dengan isu rasis, saya menyarankan agar semua pihak memberhentikannya. Kita terima yang sentimen perkauman itu tetap wujud malahan lebih menebal sekarang ini. Justeru itu tidak usah masing-masing memainkan isu ini dan menuduh diantara satu dengan lain sebagi rasis. Masing-masing tidak serius untuk membenamkan isu rasis ini. Sentimen perkauman itu akan kekal sehingga wujud seorang pemimpin yang mempunyai “magnanimity” yang sebenarnya memimpin negara kita.

Masanya akan tiba untuk membahaskan isu ini dan apabila sampai masanya itu, saya ingin menyertai perbahasan itu secara aktif, insyallah. Jika di uruskan dengan baik kita berharap media massa akan memberikan liputan yang penuh adil dan saksama.

Setakat ini belum ada pihak dan parti yang jujur dengan secukupnya untuk melenyapkan isu rasis ini sedangkan perpaduan dan kesatuan semua kaum itu adalah perkara besar dan perlu dikendalikan dengan jujur agar keharmonian diantara kaum di negara ini tidak terjejas.

Meanwhile, let us not mislead and insult ourselves on this issue. — aspanaliasnet.blogspot.com

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

 

via http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/selepas-pru-isu-perkauman-lebih-menebal-aspan-alias/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: