PAS kesal BN Terengganu tidak lantik Pegawai Pembangunan DUN dan Parlimen di kawasan tewas

12 May


KUALA TERENGGANU, 12 Mei — PAS menyesali kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bahawa beliau tidak akan melantik Pegawai Pembangunan DUN (PPD) dan Pegawai Pembangunan Parlimen (PPP) di kawasan Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Negeri, Ariffin Deraman berkata PPD dan PPP tidak diwujudkan mungkin akibat rakyat ‘tidak mengenang budi’ BN hingga menyebabkan beberapa calonnya seperti di Bukit Payong, Ru Rendang, Bukit Tunggal dan lain-lain kecundang pada pilihan raya itu.

“Sepatutnya peruntukan kepada Adun pembangkang khususnya PAS juga diberi sama seperti yang disalurkan kepada PPD sebelum ini, baru berlaku keadilan dalam pengurusan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ariffin berkata untuk jangka panjang, PAS sedia terima (kenyataan Ahmad) kerana ia memudahkan urusan Adun Pas untuk bersama dengan rakyat. Ariffin berkata demikian ketika mengulas pelantikan menteri besar dan 10 anggota exco Terengganu yang baru di Istana Maziah semalam.

Adun Alor Limbat itu turut menyentuh kenyataan Ahmad bahawa projek perumahan mampu milik hanya akan dilaksana di kawasan yang dimenangi BN. Ariffin berkata, ini menunjukkan diskriminasi dan kezaliman.

Di negara demokrasi, amalan sedemikian tidak wajar berlaku, kata beliau. — Bernama

via http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-kesal-bn-terengganu-tidak-lantik-pegawai-pembangunan-dun-dan-parlimen-di-kawasan-tewas/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: