‘Keghairahan merebut kuasa punca Melayu berpecah’

12 May


Mohd Yussof berkata masyarakat Melayu seharusnya menghayati dan menilai semula ‘Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu’ yang termaktub pada 5 Ogos 1957. - Gambar fail

GEORGE TOWN, 12 Mei — Keghairahan sesetengah pihak untuk merebut kuasa menjadi penyebab kepada perpecahan masyarakat Melayu pada hari ini, kata Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Seri Mohd Yussof Latiff.

Beliau berkata perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu amat ketara terutamanya menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lepas.

“Sekarang ni orang Melayu berpecah kerana nak berebut kuasa. Inilah berlakunya perpecahan di kalangan orang Melayu. Bila tak bersetuju, tubuh parti lain…Melayu jadi lemah balik sehingga kita dipandang hina dalam negara kita

sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) kali ke-42, di sini hari ini.

Beliau berkata masyarakat Melayu kini terbahagi kepada tiga puak yang membawa kepada perbezaan politik di mana boleh mengakibatkan perseteruan dan kerenggangan yang sangat serius.

Katanya, jika keadaan ini berterusan adalah tidak mustahil masyarakat Melayu akan menjadi ‘peminta sedekah’ di dalam negaranya sendiri.

Mohd Yussof berkata masyarakat Melayu seharusnya menghayati dan menilai semula ‘Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu’ yang termaktub pada 5 Ogos 1957 bagi memastikan kesinambungan sejarah dan survival masyarakat Melayu.

Beliau berkata masyarakat Melayu perlu membangunkan semula semangat ‘Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu’ itu yang mengetengahkan kepentingan dan keistimewaan masyarakat Melayu, perlembagaan negara, bahasa Melayu dan agama Islam.  

“Maka telah tiba masanya orang-orang Melayu bersatu-padu dalam satu wadah pembelaan bagi menjamin kebahagiaan hidup dan masa depan orang-orang Melayu dengan mempertahan dan menjunjung semangat Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu,” katanya.

Mohd Yussof turut menyarankan kerajaan menubuhkan Majlis Perundingan Negara yang dianggotai semua kaum tanpa mengira fahaman politik, berperanan sebagai platform untuk membincangkan pembangunan yang dapat memberi faedah kepada semua kaum. – Bernama 

 

via http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keghairahan-merebut-kuasa-punca-melayu-berpecah/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: