Undi popular bukan penentu kemenangan PRU, kata Ahmad Maslan

10 May

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Walaupun majoriti undi popular memihak kepada pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR), Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menegaskan undang-undang Malaysia menetapkan kemenangan sesuatu parti adalah berlandaskan kerusi yang dimenangi, bukannya jumlah undi popular.

Pembangkang memperolehi sejumlah 50 peratus atau 5,623,984 undi popular, berbanding Barisan Nasional (BN) sekadar 47 peratus, atau 5,237,699 undi popular dalam Pilihan Raya 2013.

Ahli Parlimen Pontian itu turut menegaskan, jumlah undi popular PR juga disumbangkan beberapa negeri seperti di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Wilayah Persekutuan, dan Perak, dan bukannya dari seluruh Malaysia.

“Undi popular mereka banyak di Selangor, lebih 400,000,” kata Ahmad ketika sidang media selepas pertemuan dengan ketua penerangan parti komponen BN di Pusat dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

“Takkan sebab mereka lebih di satu dua negeri nak kata rakyat Malaysia menolak mereka … itu satu pembohongan,” tegasnya lagi.

Jelasnya lagi, berdasarkan sistem sedemikian, sudah tentu undi popular di bandar lebih tinggi daripada kawasan luar bandar kerana sesebuah kawasan Parlimen bandar mempunyai jumlah pengundi lebih ramai daripada kawasan pedalaman, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

“Sempadan Parlimen bandar lebih kecil, jadi penduduk atau pengundinya lebih padat, jadi seseorang calon boleh melawati semua tempat ketika berkempen berbanding di luar bandar yang luas dan tidak padat untuk meraih undi,” katanya lagi.

Beliau turut berkata, daripada perkara itu, cadangan pembangkang menyamaratakan jumlah pengundi bagi setiap Parlimen adalah tidak munasabah kerana tidak memberi kesan realistik kepada wakil rakyat.

“Bayangkan seseorang ahli Parlimen terpaksa menjaga satu kawasan yang sama luas atau lebih luas daripada sesebuah negeri di semenanjung … Ini tidak adil untuk mereka dan rakyat,” katanya.

Ahmad ketika sidang medianya itu turut menjawab segala dakwaan pembangkang berkenaan keraguan yang didakwa wujud dalam pilihan raya pada 5 Mei lalu serta menggesa agar pembangkang tidak “meliwat pemikiran rakyat” dengan hanya menyebarkan pembohongan.

MENYUSUL LAGI

via http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/undi-popular-bukan-penentu-kemenangan-pru-kata-ahmad-maslan/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: