Umno terdesak sehingga hilang segala pertimbangan — Aspan Alias

10 May


3 OGOS — Pertuduhan terhadap Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR, bersama bekas kakitangan Public Bank dua hari lepas masih menjadi bualan di mana-mana.

Tetapi itu sudah menjadi biasa apabila pilihanraya sudah mendatang, kerana itu adalah salah satu cara pihak yang memerintah untuk menakut-nakutkan sesiapa dari membuat pembongkaran lebih banyak lagi terhadap kepincangan sistem dan moral politik pihak Barisan Nasional pada hari ini.

Pihak BN tidak akan berhenti setakat itu sahaja. Ada berita dan tanda-tanda isu perkauman akan dimainkan oleh BN dengan lebih hebat lagi dalam masa yang terdekat ini. Saya diberitahu yang pihak tertentu yang menyokong BN, khususnya Umno, sedang bekerjasama dengan sebuah badan dan jabatan kerajaan untuk menerbitkan makalah dan buku-buku untuk memberikan tumpuan untuk mengaitkan Lim Kit Siang dalam trajedi 13 Mei 1969 dahulu.

Kita faham yang pihak BN sedang terdesak seperti orang yang sudah tersandar ke dinding dalam usaha mempertahankan kuasa. Menakut-nakutkan orang Melayu merupakan satu-satunya jalan yang tinggal bagi BN untuk memberikan perlindungan terhadap kuasa yang ada di tangan mereka.

Akhir-akhir ini ada kecenderungan pihak BN akan menumpukan politik perkauman dengan menjadikan Lim Kit Siang sebagai “punching bag” bagi mengelakkan rakyat khususnya orang melayu dari menyokong parti-parti pembangkang khususnya DAP.

Tidak siapa akan dapat menafikan yang DAP telah mendapat sokongan dari semua kaum seperti juga parti PAS dan PKR. Rakyat sekarang tidak mahu lagi terkongkong dengan isu perkauman yang sempit seperti dahulu. Pemikiran sempit perkauman ini lah yang selama ini menjadi isu kekal bagi BN khususnya Umno dan ia berkumandang setiap pilihanraya lima tahun sekali.

Kali ini Umno dan BN sedang berhempas pulas untuk mengeluarkan buku untuk membina persepsi yang Lim Kit Siang bertanggungjawab terhadap kejadian berdarah 13 Mei 1969 itu sedangkan rakyat tahu itu merupakan fitnah yang tidak terperi jahatnya.

 Jika benar Lim Kit Siang merupakan penyebab kejadian 13 Mei itu maka Lim Kit Siang sepatutnya telah dipenjara puluhan tahun lamanya kerana pencetus kepada kejadian berdarah itu adalah satu pengkhianatan kepada negara.

Hanya pada orang-orang lama samada dalam kerajaan atau dalam parti politik semasa itu tahu siapa dan apa yang menyebabkan kejadian itu. Yang pasti Lim Kit Siang bukannya penyebab kepada peristiwa berdarah itu. Seperti yang saya sebut dalam posting beberapa ketika dahulu, jika di sebut dan di beritahu siapa yang menyebabkan kejadian itu ia ibarat “menepuk air di dalam dulang”.

Itulah sebabnya rakyat sudah menolak politik perkauman seperti yang masih di amalkan secara menebal oleh Umno dan BN sekarang ini. Jika 13 Mei itu merupakan permainan politik perkauman maka adalah wajar bagi kita meninggalkan isu perkauman dalam politik negara dan lakukan seperti yang dilakukan oleh parti-parti dalam komponan Pakatan Rakyat yang di dalamnya tidak ada satu parti pun yang keahliannya berteraskan kepada kaum.

Rakyat dari berbilang agama akur kepada kehendak Tuhan yang Tuhan sememangnya menjadikan umat manusia itu dalam berbagai puak dan kepercayaan bagi kita hidup sambil mengenali serta memahami dan seterusnya menghormati di antara satu dengan lain.

Seruan ini bukan seruan Dr Mahathir Mohamad, bukan tuntutan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat atau seruan Lim Kit Siang. Itu adalah seruan Allah swt dan juga seruan semua agama yang ada di dunia ini.

Ini jugalah sebabnya kenapa rakyat mesti tinggalkan semua parti-parti dalam BN di Semenanjung ini kerana BN itu adalah “coalition” yang berlandaskan kepada perkauman. Kita tidak mahu lagi kejadian seperti kejadian yang menjadi modal Umno sejak awal tujuh puluhan dahulu. Cukup-cukup lah kerja melawan kehendak Tuhan ini dengan membesar-besarkan isu perkauman yang akan membawa kemudharatan kepada rakyat dan negara ini.

Jika benar buku yang akan diterbitkan khas untuk membuat fitnah terhadap Lim Kit Siang dalam pilihanraya ini maka ternyata yang terlalu ketagih dengan politik perkauman ini adalah Umno dan BN itu sendiri. Umno ketagihan dengan isu perkauman. Ini merupakan penentangan secara “head-on” terhadap kehendak agama suci kita.

Di dalam parti-parti komponan PR tidak timbul isu perkauman kerana mereka adalah parti-parti “multiracial” dan menyokong perjuangan “multiracial” ini merupakan salah satu ubat  kepada keresahan perkauman sekarang ini.

Umno akan mengilang cerita-cerita yang tidak wujud dan fitnah, tetapi rakyat tidaklah sebodoh itu untuk menyakini apa yang diputar belit oleh Umno seperti yang berlaku sejak dari dulu. Kita juga perlu memahami kenapa Umno akan melakukan segala-gala yang jahat ini.

Umno dalam dalam keadaan terdesak. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan kuasa yang mereka selewengkan sekarang ini. Orang yang terdesak tidak akan mampu berfikir dengan waras. Itulah sebabnya ada yang membunuh diri kerana sudah hilang pertimbangan di diri mereka.

Jika penerbitan benar-benar menjadi kenyataan, kita jangan hiraukan diri untuk membaca dan mempercayaainya. Kita padamkan api perkauman yang akan dimainkan oleh Umno dan penyokong-penyokongnya dalam pilihanraya kali ini dengan matang.

Dan hanya kita perlu ingat, ia bertentangan dengan mana-mana agama termasuk agama suci kita. — aspanaliasnet.blogspot.com

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

via http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/umno-terdesak-sehingga-hilang-segala-pertimbangan-aspan-alias/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: