Ramadan tak sejukkan suhu politik Malaysia, Borneo terus bergelora

10 May


4 OGOS — Ramadan tahun ini menyaksikan suhu politik Malaysia terus panas.

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) terus menggunakan ruang yang ada untuk serang menyerang sesama sendiri menjelang pilihan raya umum (PRU) — akan berlangsung selewat-lewatnya April 2013.

Minggu ini kita dikejutkan dengan pendakwaan terhadap pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang jika disabitkan kesalahan, hukuman denda RM3 juta atau tiga tahun penjara, atau kedua-duanya sekali menanti. Minggu lalu, Sabah bergelora apabila ahli parlimen Beaufort merangkap timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin serta ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing meninggalkan BN.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Khamis lalu akan berlakunya kejutan lebih besar di Sabah pada minggu hadapan.

Secara kebetulan, Najib juga akan ke Sabah minggu hadapan. Apa lagi yang bakal berlaku?

Menurut pensyarah Fakulti Ekologi Manusia, Prof Dr Jayum A. Jawan, Sabah dan Sarawak tidak pernah menjadi “simpanan tetap” bagi BN akan tetapi pelampung bagi Umno.

“Rakyat Sabah dan Sarawak kini memikirkan semula sama ada mahu terus menjadi pelampung untuk menyelamatkan Umno yang hampir tenggelam.

“Buat apa menjadi pelampung kepada Umno yang tidak pernah memikirkan nasib rakyat Sabah dan Sarawak,” kata Jayum ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurut Jayum lagi, janji-janji yang diberikan oleh Anwar Ibrahim dan PR sudah tentu akan mempengaruhi trend pengundian di kedua-dua negeri Borneo itu dalam PRU akan datang.

“Tidak mengapa pembangkang berjanji, kerana itulah tugas pembangkang, memberikan harapan.

“Akan tetapi bagi BN, mereka tidak boleh berjanji tetapi perlu terus melakukan,” katanya lagi.

Buat pertama kalinya sejak Sabah dan Sarawak menyertai Malaya bagi membentuk Malaysia pada 16 September 1963, kedua-dua negeri tersebut menjadi penting kepada kedua-dua kuasa politik semenanjung.

Kubu kuat Umno di Sabah, telah mula koyak. Kini giliran Sarawak pula.

Sesiapa sahaja, baik Najib mahupun Anwar, terpaksa mendapatkan keyakinan Tan Sri Taib Mahmud bagi mempertahankan atau merampas Sarawak.

Selain dari isu besar seperti tanah adat, faktor Taib penting kerana ketua menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu sudah menguasai negeri Bujang Senang itu semenjak di penghujung zaman pemerintahan Tun Hussein Onn lagi.

Sesiapa saja yang dapat meyakinkan Taib akan dapat mempertahankan atau merampas Putrajaya dengan andaian tidak banyak perubahan berlaku terhadap penguasaan kerusi di semenanjung Malaysia.

Barangsiapa yang merasakan negeri Sarawak dapat dirampas tanpa mengambil kira faktor Taib, sama ada terlalu daif politik atau terperangkap dalam idealisme perjuangan mereka tanpa menjejakkan kaki di bumi nyata.

Ramadan tahun ini boleh dikira produktif bagi politik Malaysia yang semakin panas dalam berhadapan dengan PRU 13 tidak lama lagi.

BN atau PR tidak boleh beraya sakan kerana apabila semboyan PRU berbunyi, tidak ada apa lagi yang ada dalam kepala selain daripada kuasa.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

via http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/ramadan-tak-sejukkan-suhu-politik-malaysia-borneo-terus-bergelora/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: