Namakan calon lebih awal bagi banteras kegiatan sabotaj parti, kata veteran Umno

10 May


KUALA LUMPUR, 24 Okt — Pucuk pimpinan Umno perlu menamakan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lebih awal bagi membanteras kegiatan sabotaj dalam parti itu.

Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub berkata dengan cara itu anggota Umno yang melakukan kegiatan itu dapat dikenal pasti dengan lebih awal.

“Dengan ini tindakan ke atas pensabotaj ini akan lebih berkesan daripada mengambil tindakan ke atas mereka di saat akhir selepas penamaan calon, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata dengan mengumumkan nama calon lebih awal, usaha memujuk juga boleh dilakukan dengan lebih berkesan terhadap mereka yang tidak terpilih kerana mereka telah dimaklumkan lebih awal tidak dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Jumaat lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno berkata Majlis Tertinggi Umno bersetuju mewujudkan jawatankuasa khas untuk memantau dan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana anggota parti yang mengkhianati atau mensabotaj calon Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

Mustapha berkata pucuk pimpinan Umno juga perlu menangani perasaan tidak puas hati mereka yang tidak terpilih dengan berhemah, bijaksana dan penuh hikmah bagi mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak.

“Pemimpin yang dikenal pasti tidak akan bertanding patut diberitahu lebih awal bagi mengelak daripada mereka menanggung malu sekiranya mereka tidak terpilih di saat akhir sebelum penamaan calon.

“Cara ini boleh mengelak atau mengurang perbuatan sabotaj daripada mereka yang tidak terpilih terhadap calon yang dipilih bertanding,” katanya. — Bernama

via http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/namakan-calon-lebih-awal-bagi-banteras-kegiatan-cabotaj-parti-kata-veteran-umno/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: